Thursday, 19 October 2017

Minggu 4-Pembuatan Racun Organik

Assalamualaikum semua haiii..berjumpa lagi kita pada minggu ini untuk berkongsi lagi ilmu yg baru.

Pada minggu ini kami belajar bagaimana cara nak menghasilkan racun organik dengan menggunakan barangan keperluan harian kita.. apa barang-barang  yang dimaksudkan ?? ok jom kami ceritakanJ







Macam biasalah sebelum kami mulakan kerja amali akan ada sesi kelas terlebih dahulu untuk kami pelajari secara teori dan mendapatkan penerangan yang berkaitan sebelum melaksanakan tugasan….

Ok pertama sekali kami nak kongsikan bahan dan barangan yang boleh digunakan untuk dibuat racun organik…
Antaranya :
1   1  )      1 labu bawang putih
2   2 )      6 biji cili padi merah (untuk menghalau serangga)
3   3  )      Cecair pencuci pinggan (1 sudu) (fungsi buih daripada sabun sebagai bahan pelekat kepada serangga)
4   4  )      Sabun pencuci baju (detergen)
5   5 )      Air (300ml)                                                                                                                                                         


      


Cara pembuatan/penyediaan:
1 1)      Gunakan cili dan bawang sebagai pati dahulu…. Jangan campurkan lagi sabun bahan pencuci.
2 2)      Masukkan cili dan bawang putih ke dalam blender dan kisarkan.
3 3)      Setelah selesai kisar, sediakan bahan atau botol kaca untuk dimasukkan pati yang telah dikisar kedalam.
4 4)      Perapkan dan dibiar selama 1 hari (24jam)
5 5)      Setelah selesai perap, tapiskannya dalam masukkan juga kedalam bekas kaca.
6 6)      Peringatan gunakan bekas kaca untuk mengelak daripada berlakunya sifat menghakis sekiranya menggunakan bahan plastik.
Cara penggunaan:
1 7)      Racun yang telah disiapkan diambil dan dimasukkan kedalam bekas yang ingin digunakan
2 8)      Campurkan dengan 1 satu sudu bahan pencuci serta sedikit minyak mengikut kehendak
3 9)      Setiap 100ml racun perlu dicampur dengan 1.5liter air untuk kegunaan


Ruangan ilmu tambahan:
Racun serangga ialah racun makhluk perosak yang digunakan terhadap serangga. Ia banyak digunakan dalam bidang pertanianperubatanindustri dan isi rumah. Ia termasuklah racun untuk membunuh telur dan larva seranga. Penggunaan racun serangga dipercayai telah berjaya meningkatkan hasil pertanian dalam abad ke-20.

Racun serangga telah lama digunakan walaupun tarikh yang tepat agak sukar ditentukan. Sebelum tahun 1945, kadar penggunaan racun serangga masih rendah tetapi selepas tamatnya Perang Dunia Kedua kadar penggunaan racun serangga mulai meningkat dengan pesatnya. Pada peringkat awal, racun serangga yang digunakan terdiri daripada bahan-bahan kimia yang agak ringkas seperti arseniksulfurnikotinpiretoidrotenon dan minyak petroleum. Namun selepas 1945, lebih banyak racun serangga daripada sebatian organik mula disentisiskan dan diperkenalkan kepada pengguna. Hampir kesemua racun serangga memiliki potensi untuk mengubah sistem ekologi secara besar; kebanyakannya beracun pada manusia; dan yang lain terkumpul dalam jaringan makanan.



  

No comments:

Post a Comment

KURSUS ASAS PERTANIAN (29 NOVEMBER 2017)

Bismillahirrahmanirrahim.Assalamualaikum & hai pengunjung blog kami,Kami ingin mengimbas kembali tentang program yang dianjurkan kami ia...