Pada minggu ini pembelajaran kami berkaitan dengan kaedah pembiakan tampang atau pembiakan vegitatif atau nama lainnya pembiakan semula jadi. Kaedah pembiakan ini yang kami ketahui terbahagi kepada beberapa kaedah iaitu pembiakan menerusi atau menggunakan Umbisi, Risome, Stolen dan Rumpun. Walaubagaimanapun perlu kita tahu kaedah ini bukan hanya berlaku secara semula jadi sahaja ianya juga boleh terbentuk dan dijadikan secara buatan.
Berikut adalah sedikit penerangan yang boleh kita ketahui:
Umbisi:
Umbisi ini lagi jelas kita boleh ketahui ialah batang yang menyimpan makanan didalam tanah.
Contohnya: kentang, ubi keledek, sengkuang. Bahagian umbisi baru yang tumbuh pada pada bahagian umbisi lama akan mengeluarkan mata tunas yang baru.
Risome:
Risome adalah akar pada tumbuhan yang menyimpan makanan. Batangnya kelihatan bersegmen kerana terdapat buku dan ruas. Pada rizom terdapat tunas-tunas yang akan berkembang menjadi batang, akar, dan daun.
Contohnya halia, lengkuas. Percambahan mata tunas berlaku dari kecil hingga besar.
Stolen:
Stolen ini adalah akar yang merayap, akar berada atas permukaan tanah.
Contohnya: pegaga, kangkung, labu.
Rumpun.
Pembiakan daripada jenis rupum juga boleh terjadi. Contohnya jenis tanaman seperti serai, bunga kantan. Untuk penanaman jenis serai perlulah ditanam secara dalam jangan hanya menanam akarnya sahaja kerana ianya akan memberi kesan kepada pertumbuhan tersebut contoh hasil yang ditanam tidak membesar kecil dan kurus.
*Untuk pembiakan semula jadi ini kita tidak perlu meletakkan penggalak akar kerana akar semula jadi telah menyimpan makanannya sendiri untuk melakukan pembiakan.
Bagaimana dngn kaedah penanaman bawang besar?
ReplyDeleteBawang perlu dibelah. cukup sekadar tunasnya ada di dalam bawang. dan hanya tanam di dalam Tanah dan perlu disiram.
Delete