Assalamualaikum semua haiii..berjumpa lagi
kita pada minggu ini untuk berkongsi lagi ilmu yg baru.
Pada minggu ini kami belajar bagaimana cara
nak menghasilkan racun organik dengan menggunakan barangan keperluan harian kita..
apa barang-barang yang dimaksudkan ?? ok
jom kami ceritakanJ
Macam
biasalah sebelum kami mulakan kerja amali akan ada sesi kelas terlebih dahulu
untuk kami pelajari secara teori dan mendapatkan penerangan yang berkaitan sebelum
melaksanakan tugasan….
Ok
pertama sekali kami nak kongsikan bahan dan barangan yang boleh digunakan untuk
dibuat racun organik…
Antaranya
:
1 1 )
1 labu bawang putih
2 2 )
6 biji cili padi merah (untuk
menghalau serangga)
3 3 )
Cecair pencuci pinggan (1 sudu)
(fungsi buih daripada sabun sebagai bahan pelekat kepada serangga)
4 4 )
Sabun pencuci baju (detergen)
Cara
pembuatan/penyediaan:
1 1)
Gunakan cili dan bawang sebagai
pati dahulu…. Jangan campurkan lagi sabun bahan pencuci.
2 2)
Masukkan cili dan bawang putih
ke dalam blender dan kisarkan.
3 3)
Setelah selesai kisar, sediakan
bahan atau botol kaca untuk
dimasukkan pati yang telah dikisar kedalam.
4 4)
Perapkan dan dibiar selama 1
hari (24jam)
5 5)
Setelah selesai perap,
tapiskannya dalam masukkan juga kedalam bekas kaca.
6 6)
Peringatan gunakan bekas kaca untuk mengelak daripada berlakunya sifat menghakis
sekiranya menggunakan bahan plastik.
Cara penggunaan:
1 7)
Racun yang telah disiapkan
diambil dan dimasukkan kedalam bekas yang ingin digunakan
2 8)
Campurkan dengan 1 satu sudu
bahan pencuci serta sedikit minyak mengikut kehendak
3 9)
Setiap 100ml racun perlu
dicampur dengan 1.5liter air untuk kegunaan
Ruangan ilmu tambahan:
Racun serangga telah lama digunakan walaupun tarikh yang
tepat agak sukar ditentukan. Sebelum tahun 1945, kadar penggunaan racun
serangga masih rendah tetapi selepas tamatnya Perang Dunia Kedua kadar penggunaan racun
serangga mulai meningkat dengan pesatnya. Pada peringkat awal, racun serangga
yang digunakan terdiri daripada bahan-bahan kimia yang agak ringkas seperti arsenik, sulfur, nikotin, piretoid, rotenon dan minyak petroleum. Namun selepas 1945, lebih banyak racun serangga
daripada sebatian organik mula disentisiskan dan
diperkenalkan kepada pengguna. Hampir kesemua racun serangga memiliki potensi
untuk mengubah sistem ekologi secara besar; kebanyakannya beracun pada manusia;
dan yang lain terkumpul dalam jaringan makanan.