Assalamualaikum.... terima kasih kerana masih bersama kami... tugasan kami diteruskan lagi pada minggu kedua. Pada minggu ini kami ditugaskan untuk menyiapkan batas terlebih dahulu setelah kami semua dibahagikan kepada 21 batas mengikut tapak yang dipilih masing-masing. Gambar di bawah menunjukkan batas yang siap dibina oleh kami.
Tujuan batas ini dibina adalah untuk mendapatkan kawasan yang khusus bagi setiap jenis tanaman yang ditanam. Dengan adanya batas ini kawasan tanaman kita lebih selamat untuk dijaga dan dapat mengelakkan daripada berlakunya takungan air dalam kawasan tanaman.
Berikut kami kongsikan sedikit ilmu dalam menyediakan batas :
1) Pertama sekali kawasan batas hendaklah diratakan dan dibebaskan dari sebarang rumpai dengan menggunakan cangkul.
2) setelah selesai kawasan batas yang dihasilkan hendaklah digemburkan tanahnya sebaik yang mungkin. Kaedah menggembur tanah ini boleh dibuat secara manual mahupun bantuan daripada jentera yang disediakan. Tujuan menggemburkan tanah ini adalah untuk memudahkan akar tanaman nanti menjalar dan membiak dengan baik.
3) Seterrusnya dengan menggunakan alatan cangkul hasilkan alur di sekeliling batas untuk diletakkan papan sebagai penghadang batas. Tujuan alur ini adalah untuk dimasukkan papan kedalamnya dan ditegakkan... kedalaman papan adalah 1/4 dariapa tanah..
4) Papan yang digunakan ini adalah papan yang telah dicatkan oleh kami sebelum ianya diletakkan di kawasan batas... tujuannya adalah untuk mengelakkan daripada sebarang serangga dan anai- anai untuk masuk kedalam kawasan tanaman.
Dalam minggu kedua ini juga kami diajar dan dikongsikan sedikit ilmu berkaitan dengan kaedah semaian. Kaedah ini terbahagi kepada dua iaitu secara terus dan secara asing. Kami memilih kaedah semaian secara asing.
Dalam proses semaian ini kami menggunakan medium semaian yang telah dibekalkan medium ini dikelnali sebagai "pear moist" (nama saintifiknya) medium ini adalah dikhaskan untuk semaian kerana ianya telah lengkap dengan nutrien dan baja.
Antara biji benih yang dibekalkan kepada kami ialah :
1) water spinach (kangkong)
2)Dwarf Pak Choy (sawi jepun)
3) Bayam hijau
Berikut kami kongsikan sedikit langkah-langkah untuk membuat semaian....:)
1) Masukkan medium semaian kedalam bekas (kami gunakan tray sebagai bekas yang telah disediakan) boleh juga menggunakan bekas bekas lain yang bersesuaian. Medium yang diletakkan tidak terlalu padat.
2) kemudiannya wujudkan lubang disetiap kawasan yang hendak diletakkan benih...
3) masukkan antara 2-3 biji benih
4) Seterusnya taburkan semula medium bagi menutupi semula lubang dihasilakan tadi.
5) Akhir sekali buat penyiraman keatas kawasan yang diletakkan benih:)
Okeyy... setakat itu dulu untuk perkongsian kali ini.... jumpa lagi untuk tugasan minggu akan datang dengan lebih lagi ilmu- ilmu yang bermanfaat untuk dikongsi ....