Friday, 5 January 2018

KURSUS ASAS PERTANIAN (29 NOVEMBER 2017)

Bismillahirrahmanirrahim.Assalamualaikum & hai pengunjung blog kami,Kami ingin mengimbas kembali tentang program yang dianjurkan kami iaitu KURSUS ASAS PERTANIAN yang telah disertai oleh 30 orang peserta yang terdiri daripada golongan wanita yang berasal dari Pontian,Johor . Kursus tersebut diadakan di Unit Pertanian Fakulti Pendidikan.


pada pukul 8:30 minit pagi para peserta hadir dan majlis pon dimulakan. Pengacara majlis telah menjemput Dr husna untuk memberi sedikit kata-kata aluan dan slot pertama dijalankan iaitu slot penerangan tentang baja organik yang diterangkan oleh saudara Mohammad Khairuddin bin roslan.





slot 1 : baja organik.

baja organik terbahagi kepada 4 iaitu baja ikan, baja buah, baja sayur, dan baja telur. setiap satu diterangkan oleh saudara khairuddin cara untuk membuat baja organik. setiap peserta telah dibekalkan bahan rujukan sebagai nota untuk mereka faham dan boleh dilakukan dirumah.



slot 2 : Nutripot

nutripot merupakan teknologi alaf ini yang mampu membantu semua golongan untuk mempunyai tanaman sendiri tanpa mengira faktor usia dan kesibukan seseorang. 

kerana kelebihan nutripot adalah menjimat kan masa dan memerlukan kos yang sedikit apabila menggunakan bahan terpakai sahaja.

bahagian ini diterangkan oleh saudara Wan muhammad Ali dan dibantu oleh saudari Nur Fathin Zafirah.






untuk slot 3 ialah sesi praktikal dimana para peserta perlu melakukan sendiri apa yang telah diajar sebentar tadi. slot ini dilakukan bersama-sama dengan kama para pelajar yang menganjurkan seminar tersebut.



selepas  usai sudah semua slot yang dirancang, majlis ditutup dengan memberi cendrahati berbentuk sijil kepada para peserta atas kesungguhan mereka menghadirkan diri dan memberi komitmen yang baik sepanjang seminar dijalankan.


gambar bersama ketika kursus :)


PROSES PENANAMAN JAGUNG

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari saya akan berkongsikan tentang penanaman jagung yang telah kami usahakan. Penanaman jagung mengambil masa yang agak lama berbanding sayur-sayuran daun yang kami usahakan sebelum ini.
contoh benih jagung yang diberikan oleh pensyarah kami

Sebelum itu,
Langkah pertama dalam proses penanaman jagung ini ialah penyedian batas. Kami perlu mengubahsuai batas kami atas sebab kami mengalami masalah rumpai pada penanaman sayur yang lepas. Pertama sekali, pastikan tiada rumpai atau tumbuhan liar yang membiak di atas batas untuk mengelakkan berlakunya persaingan antara pokok jagung dengan rumpai.

Untuk mengelakkan rumpai/tumbuhan liar membiak dengan banyak di atas batas, kami menggunakan alternatif lain iaitu dengan menggunakan plastik sukupan iaitu plastik silvershine. Bahagian yang berkilat diletakkan diletakkan di bahagian atas supaya cahaya matahari dapat dipantulkan.

Seterusnya, setelah plastik sukupan di pasang, tebuk lubang pada plastik tersebut yang mewakili lubang setiap anak benih. Kebaikan menggunakan sukupan adalah anda hanya perlu merumpai di kawasan tanah dalam lubang yang anda tebuk.


 Setelah selesai, kami menyemai bijih benih kami di setiap lubang tesebut. Tanaman jagung ini perlu disiram dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang. Elakkan menyiram pada waktu panas seperti tengah hari.

SETELAH SEMINGGU,

Kami mendapati tanaman jagung kami telah rosak akibat serangan haiwan atau serangga perosak. Hal ini kerana kemungkinan kerana benih jagung yang bersifat manis.

Gambar menunjukkan anak jagung yang rosak 


Oleh itu, sebagai jalan penyelesaiannya kami telah diberikan penyembur racun semut oleh En. Abang dan kami telah menyembur di keliling batas kami. *Pastikan racun tidak disembur terus ke atas pokok jagung. Semburkan di sekeliling batas sahaja untuk mengelakkan pokok layu atau mati kerana racun adalah bersifat panas. Kami juga telah membuat orang-orang bagi mengelakkan burung dating merosakkan tnaman kami.

Setelah segala inisiatif digunakan, tanaman kami telah menunjukkan perkembangan yang baik. Jadi kami teruskan penjagaan seperti yang dirancang. Kami juga telah membuat jadual bagi penyiraman jagung ini agar tiada hari yang tidak disiram.

Monday, 1 January 2018

Cantuman Baji

Assalamualaikum minggu ini kami nak berkongsi tentang cantuman baji… dimana ini adalah amali kami yang terakhir untuk kursus yang dipelajari semester ini.
Pengenalan: Cantuman baji merupakan proses untuk mencantum 2 bahagian pokok yang masih hidup dengan cara/ kaedah yang membolehkan bahagian-bahagian itu bersatu dan akhirnya berfungsi sebagai satu pokok.

Peralatan yang diperlukan:

  1. Pisau
  2. Parafilm
  3. Plastik
  4. Tali
Prosedur:
  1. Pilih ranting atau dahan yang lembut dan masih muda untuk dicantumkan pada pokok asal.
  2. Potong atau trim hujung pokok asal dan bersihkan daun disekeliling bagi mengelakkan proses transpirasi yang tinggi.
  3. Potong belah pada tengah-tengah ranting sedalam 2cm/10mm panjang.
  4. pangkal tunas pokok yang hendak dicantum dipotong secara menyerong tajam seperti baji
  5. sambungkan ranting yang telah dipotong serong tadi ke belahan pokok penanti.
  6. Kemudian balut bahagian cantuman tadi dengan pita parafilm
  7. Sungkupkan keseluruhan pokok dengan plastik lutsinar bagi mengelakan dehydration atau pucuk kering dengan cepat. Ikatkan dengan kemas pada hujung dahan dan biarkan sehingga dahan A dan B tercantum. Hasil selalunya boleh dilihat 3-5 minggu.  Apabila sudah tercantum, buka plastik tadi dan biarkan ia tumbuh seperti biasa.











Kesimpulan:
Pembiakan tampang dapat menghasilkan pokok yang seragam dan sama ciri-cirinya dengan pokok induk. Pembiakan tampang juga kadang-kadang lebih murah dan ekonomik jika dibandingkan dengan cara pembiakan biji benih. Selain itu pembiakan tampang dapat menahan pokok dari serangan setengah penyakit yang biasa menyerang pokok/anak benih.

Sunday, 24 December 2017

Minggu12-Persediaan kursus asas pertanian

MINGGU KE-12
PERSEDIAAN MENJALANKAN KURSUS NUTRI-POT DAN BAJA ORGANIK.

Pada minggu ini kami menjalankan dan membuat persediaan bagi menjalani kursus nutripot dan baja organik  kepada penduduk kampong luar yang dijalankan di ladang pertanian fakulti pendidikan teknik dan vokasional. Pada minggu ini kami menjalankan gotong royong membersihkan kesemua kawasan yang dipilih bagi melaksanakan kursus tersebut. Penyediaan lain juga termasuk dari segi penyediaan peralatan bagi menjalankan kursus dan juga membuat pembahagian tugas mengikut kumpulan bagi memastikan majlis berjalan lancar. Antara pembahagian tugas yang perlu dilakukan pada hari kursus berlangsung seperti Ajk pendaftaran, alatan, makanan, dokumentasi, kebersihan dan keselamatan, dan juga tunjuk cara amali atau demonstrasi.

  • Kursus yang dijalankan ini adalah satu daripada perancangan aktiviti bagi semester ini yang dinamakan sebagai ‘services learning’









Friday, 22 December 2017

Pembiakan Tumbuhan melalui kaedah tut udara(Air Marcotting)

Assalamualaikum,  

   Maaf atas kelewatan kami mengupdate blog kami. Jadi kali ini kami akan berkongsi ilmu kami tentang tanaman secara tut atau  markot.  Pertama sekali saya akan memberitahu anda tentang apa itu tanaman tut.

Tanaman secara tut ialah satu kaedah penanaman yang mengekalkan induk nya. Ia merupakan satu teknik yang dilakukan pada dahan atau ranting pokok induk tersebut. Antara tanaman yang boleh menggunakan kaedah ini ialah tanaman yang berbatang keras seperti pokok jambu, pokok rambutan,

kelebihan : -  ciri pokok induk diwarisi sepenuhnya
                    -  tanaman baru lebih cepat matang

kekurangan:  -  tidak boleh dibiak dengan kuantiti yang banyak pada pokok induk
                        -  memerlukan kemahiran semasa membuat kaedah ini


Sekarang saya akan kongsikan peralatan yang perlu digunakan dan bagaimana cara untuk melakukan tanaman kaedah ini.

BAHAN-BAHAN

  1. Pisau
  2. Tali
  3. Plastik jernih
  4. Penggalak akar
  5. Tanah
  6. coco peat
  7. baja organik

CARA-CARA

  1. Sediakan medium penanaman iaitu 1:1:1 (1 tanah : 1 baja organik : 1 coco peat). Medium hendaklah dilembapkan menggunakan air dan dikepalkan untuk membentuk bulat.
  2. Pilih dahan pokok yang sihat untuk melakukan kaedah ini
  3. Kelarkan bahagian dahan pokok induk di bahadian bawah mata tunas sepanjang 3cm dengan menggunakan pisau.
  4. Kupas kulit di antara dua kelaran dan kikiskan (kambium) hingga ke kayu.
  5. Sapukan hormon penggalak akar pada kawasan kelaran
  6. Letakkan medium yang telak dikepal di bahagian kelaran dan membentuk bulat.
  7. Balut medium dengan menggunakan plastik jernih
  8. Ikat plastik dengan menggunakan tali
  9. Selepas 1-2 bulan tut akan mengeluarkan akar dan bahagian tersebut bolehlah dipotong dan ditanam seperti biasa. 


tanaman tut yang telah siap

Kawasan kelaran hendaklah diletakkan hormon penggalak akar

Tanaman tut yang menjadi setelah 1-2 bulan akan mengeluarkan akar seperti di atas

Dahan perlu dikelar sehingga hilang warna hijau





Tuesday, 5 December 2017

Minggu 8-Pembiakan tampang (pembiakan semulajadi)

PEMBIAKAN TAMPANG/ SEMULA JADI
Pada minggu ini pembelajaran kami berkaitan dengan kaedah pembiakan tampang atau pembiakan vegitatif atau nama lainnya pembiakan semula jadi. Kaedah pembiakan ini yang kami ketahui terbahagi kepada beberapa kaedah iaitu pembiakan menerusi atau menggunakan Umbisi, Risome, Stolen dan Rumpun. Walaubagaimanapun perlu kita tahu kaedah ini bukan hanya berlaku secara semula jadi sahaja ianya juga boleh terbentuk dan dijadikan secara buatan.
Berikut adalah sedikit penerangan yang boleh kita ketahui:

Umbisi:
Umbisi ini lagi jelas kita boleh ketahui ialah batang yang menyimpan makanan didalam tanah.
Contohnya: kentang, ubi keledek, sengkuang.  Bahagian umbisi baru yang tumbuh pada pada bahagian umbisi lama akan mengeluarkan mata tunas yang baru.

Risome:
Risome adalah akar pada tumbuhan yang menyimpan makanan. Batangnya kelihatan bersegmen kerana terdapat buku dan ruas. Pada rizom terdapat tunas-tunas yang akan berkembang menjadi batang, akar, dan daun.
Contohnya halia, lengkuas. Percambahan mata tunas berlaku dari kecil hingga besar.

Stolen:
Stolen ini adalah akar yang merayap, akar berada atas permukaan tanah.
Contohnya: pegaga, kangkung, labu.

Rumpun.
Pembiakan daripada jenis rupum juga boleh terjadi. Contohnya jenis tanaman seperti serai, bunga kantan. Untuk penanaman jenis serai perlulah ditanam secara dalam jangan hanya menanam akarnya sahaja kerana ianya akan memberi kesan kepada pertumbuhan tersebut contoh hasil yang ditanam tidak membesar kecil dan kurus.

*Untuk pembiakan semula jadi ini kita tidak perlu meletakkan penggalak akar kerana akar semula jadi telah menyimpan makanannya sendiri untuk melakukan pembiakan.










KURSUS ASAS PERTANIAN (29 NOVEMBER 2017)

Bismillahirrahmanirrahim.Assalamualaikum & hai pengunjung blog kami,Kami ingin mengimbas kembali tentang program yang dianjurkan kami ia...