Sunday 24 December 2017

Minggu12-Persediaan kursus asas pertanian

MINGGU KE-12
PERSEDIAAN MENJALANKAN KURSUS NUTRI-POT DAN BAJA ORGANIK.

Pada minggu ini kami menjalankan dan membuat persediaan bagi menjalani kursus nutripot dan baja organik  kepada penduduk kampong luar yang dijalankan di ladang pertanian fakulti pendidikan teknik dan vokasional. Pada minggu ini kami menjalankan gotong royong membersihkan kesemua kawasan yang dipilih bagi melaksanakan kursus tersebut. Penyediaan lain juga termasuk dari segi penyediaan peralatan bagi menjalankan kursus dan juga membuat pembahagian tugas mengikut kumpulan bagi memastikan majlis berjalan lancar. Antara pembahagian tugas yang perlu dilakukan pada hari kursus berlangsung seperti Ajk pendaftaran, alatan, makanan, dokumentasi, kebersihan dan keselamatan, dan juga tunjuk cara amali atau demonstrasi.

  • Kursus yang dijalankan ini adalah satu daripada perancangan aktiviti bagi semester ini yang dinamakan sebagai ‘services learning’









Friday 22 December 2017

Pembiakan Tumbuhan melalui kaedah tut udara(Air Marcotting)

Assalamualaikum,  

   Maaf atas kelewatan kami mengupdate blog kami. Jadi kali ini kami akan berkongsi ilmu kami tentang tanaman secara tut atau  markot.  Pertama sekali saya akan memberitahu anda tentang apa itu tanaman tut.

Tanaman secara tut ialah satu kaedah penanaman yang mengekalkan induk nya. Ia merupakan satu teknik yang dilakukan pada dahan atau ranting pokok induk tersebut. Antara tanaman yang boleh menggunakan kaedah ini ialah tanaman yang berbatang keras seperti pokok jambu, pokok rambutan,

kelebihan : -  ciri pokok induk diwarisi sepenuhnya
                    -  tanaman baru lebih cepat matang

kekurangan:  -  tidak boleh dibiak dengan kuantiti yang banyak pada pokok induk
                        -  memerlukan kemahiran semasa membuat kaedah ini


Sekarang saya akan kongsikan peralatan yang perlu digunakan dan bagaimana cara untuk melakukan tanaman kaedah ini.

BAHAN-BAHAN

  1. Pisau
  2. Tali
  3. Plastik jernih
  4. Penggalak akar
  5. Tanah
  6. coco peat
  7. baja organik

CARA-CARA

  1. Sediakan medium penanaman iaitu 1:1:1 (1 tanah : 1 baja organik : 1 coco peat). Medium hendaklah dilembapkan menggunakan air dan dikepalkan untuk membentuk bulat.
  2. Pilih dahan pokok yang sihat untuk melakukan kaedah ini
  3. Kelarkan bahagian dahan pokok induk di bahadian bawah mata tunas sepanjang 3cm dengan menggunakan pisau.
  4. Kupas kulit di antara dua kelaran dan kikiskan (kambium) hingga ke kayu.
  5. Sapukan hormon penggalak akar pada kawasan kelaran
  6. Letakkan medium yang telak dikepal di bahagian kelaran dan membentuk bulat.
  7. Balut medium dengan menggunakan plastik jernih
  8. Ikat plastik dengan menggunakan tali
  9. Selepas 1-2 bulan tut akan mengeluarkan akar dan bahagian tersebut bolehlah dipotong dan ditanam seperti biasa. 


tanaman tut yang telah siap

Kawasan kelaran hendaklah diletakkan hormon penggalak akar

Tanaman tut yang menjadi setelah 1-2 bulan akan mengeluarkan akar seperti di atas

Dahan perlu dikelar sehingga hilang warna hijau





Tuesday 5 December 2017

Minggu 8-Pembiakan tampang (pembiakan semulajadi)

PEMBIAKAN TAMPANG/ SEMULA JADI
Pada minggu ini pembelajaran kami berkaitan dengan kaedah pembiakan tampang atau pembiakan vegitatif atau nama lainnya pembiakan semula jadi. Kaedah pembiakan ini yang kami ketahui terbahagi kepada beberapa kaedah iaitu pembiakan menerusi atau menggunakan Umbisi, Risome, Stolen dan Rumpun. Walaubagaimanapun perlu kita tahu kaedah ini bukan hanya berlaku secara semula jadi sahaja ianya juga boleh terbentuk dan dijadikan secara buatan.
Berikut adalah sedikit penerangan yang boleh kita ketahui:

Umbisi:
Umbisi ini lagi jelas kita boleh ketahui ialah batang yang menyimpan makanan didalam tanah.
Contohnya: kentang, ubi keledek, sengkuang.  Bahagian umbisi baru yang tumbuh pada pada bahagian umbisi lama akan mengeluarkan mata tunas yang baru.

Risome:
Risome adalah akar pada tumbuhan yang menyimpan makanan. Batangnya kelihatan bersegmen kerana terdapat buku dan ruas. Pada rizom terdapat tunas-tunas yang akan berkembang menjadi batang, akar, dan daun.
Contohnya halia, lengkuas. Percambahan mata tunas berlaku dari kecil hingga besar.

Stolen:
Stolen ini adalah akar yang merayap, akar berada atas permukaan tanah.
Contohnya: pegaga, kangkung, labu.

Rumpun.
Pembiakan daripada jenis rupum juga boleh terjadi. Contohnya jenis tanaman seperti serai, bunga kantan. Untuk penanaman jenis serai perlulah ditanam secara dalam jangan hanya menanam akarnya sahaja kerana ianya akan memberi kesan kepada pertumbuhan tersebut contoh hasil yang ditanam tidak membesar kecil dan kurus.

*Untuk pembiakan semula jadi ini kita tidak perlu meletakkan penggalak akar kerana akar semula jadi telah menyimpan makanannya sendiri untuk melakukan pembiakan.










Minggu 7-Tanaman Nutripot


Assalamualaikum....
Alhamdulillah pada minggu ini kami telah menambah satu ilmu cara menanam yang baru iaitu diberi nama tanaman nutripot. Tanaman nutripot ini merupakan cara yang lebih mudah serta efektif dan ia cuma mengambil masa yang pendek sahaja. Berikut merupakan bahan-bahan yang diperlukan untuk melakukan tanaman nutripot ini. Antaranya:
1)botol kosong(5 liter)
2)span akuarium/kapas/kain/(bahan-bahan yang mudah untuk menyerap air) 
3)pisau/gunting(untuk memotong botol dan membuat lubang pada botol
4)cocopit(sabut kelapa) 
5)baja A & baja B
6)air
7)cat spray (hitam&putih)
8)biji benih

Image result for botol air 5 liter Image result for span akuarium Image result for coco peat Image result for baja A dan baja b cecair Image result for black paint sprayImage result for white paint spray 

Seterusnya , berikut merupakan langkah-langkah untuk menghasilkan tanaman nutripot:

1.Potong botol air 5 liter kepada dua bahagian, bahagian penutup lebih kecil daripada badannya.
2.Buatkan 3 lubang pada bahagian penutup botol.
3.Catkan warna hitam pada penutup,manakala warna putih pada bahagian bawah.
4.Potong span sehingga saiznya muat untuk dimasukkan pada lubang botol sementara menunggu cat kering.
4.Selepas cat kering,masukkan span tersebut kepada ketiga-tiga lubang
5.Isi air dalam bahagian bawah botol.(jangan terlalu penuh)
6.Masukkan cocopit ke dalam bahagian penutup botol.
7.Letakkan biji benih secara bersepah sehingga memenuhi ruang atas cocopit .
8.Tunggu sehingga tanaman tersebut dan seterusnya boleh dituai.

Friday 1 December 2017

minggu 6



Assalamualaikum pada minggu pelajaran kami berkaitan dengan keratan daun.  Dalam sistem tumbuhan ini terdapat beberapa jenis keratin daun yang boleh kita pelajari dan ketahui iaitu keratan urat daun, helaian daun dan bahagian daun.
Contoh tumbuhan yang boleh dibiak secara keratan daun ialah stawar, pokok jambu air, dan lidah jin dan jenis yang dibiak daripada helaian daun contohnya seperti pokok jambu air.
Pokok jambu boleh digunakan mata tunas dan daun. Untuk daun jambu sebaiknya dapatkan pada bahagian pucuk atas, potong 3 suku darpada daun dan terus celup kedalam penggalak akar.
Cara lain dalam pembiakan daun boleh digunakan bagi pokok jambu ialah, menggunakan gabus. Tujuan gabus digunakan adalah untuk menampung air supaya dapat diserap oleh pokok, jadinya sistem penyiraman tidak perlu kerap kali dilakukan. Akar akan keluar menjalar didalam gabus apabila subur.
Untuk amali minggu ini kami menggunakan pokok setawar untuk dijadikan sebagai tumbuhan membuat keratan daun.
Kelengkapan barangan yang diperlukan:
1)pokok setawar
2)polibeg
3)medium
4)penggalak akar







                                  
Penggalak akar terbahagi kepada 3 jenis kelas
Kelas 1: bagi keratan keras
Kelas 2: sederhana
Kelas 3: lembut
Tujuan penggalak akar ini adalah untuk mempercepat dan menggalakkan pertumbuhan akar dengan baik dan cepat.
Proses bagi melakukan pembiakan daun:
1.       Masukkan medium kedalam polibeg,
2.       Gunting bahagian daun setawar yang diperlukan.
3.      Celup kedalam bekas penggalak akar, menggunakan penggalak kelas 2. Biarkan seberapa saat agar serbuk penggalak dapat diserap.
4.       Cucuk dan masukkan ke dalam polibeg.





                   

KURSUS ASAS PERTANIAN (29 NOVEMBER 2017)

Bismillahirrahmanirrahim.Assalamualaikum & hai pengunjung blog kami,Kami ingin mengimbas kembali tentang program yang dianjurkan kami ia...